NHI CEMERLANG ENTERPRISE didaftarkan pada 24 APRIL 2003, merupakan syarikat 100% pemilikan Bumiputera yang sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka dan disegani dalam industri pembinaan dan pembekalan serta perkhidmatan bagi kediaman mahu pun agensi-agensi kerajaan dan swasta di Malaysia.
NHI Cemerlang menggabungkan sekumpulan usahawan muda bumiputera yang berpengalaman luas di dalam bidang masing-masing. NHI bermatlamat untuk membantu individu, organisasi kecil, sederhana dan korporat besar untuk mengoptimumkan kemahiran kami bagi mengembangkan lagi segala aktiviti dan operasi di organisasi masing-masing.

MISI
Menjadi sebuah syarikat pembinaan, pembekalan, perkhidmatan yang berjaya dan dihormati melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan komitmen yang jitu.

OBJEKTIF
1. Menjadi pusat pembinaan dan perbekalan serta perkhidmatan berdasarkan aplikasi terkini untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.
2.Menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penglibatan kaum bumiputera di dalam bidang perniagaan dan pembinaan, perkhidmatan, pembekalan khasnya.
3. Menjadi organisasi yang berjaya dan disegani diMalaysia.
4. Mempraktikkan pengalaman dan khidmat kepakaran serta profesiolisme yang ada melalui latihan yang berterusan dan mutu kerja yang konsisten.
5. Menjadi antara syarikat Bumiputera utama dalam bidang yang berkaitan seterusnya mengorak langkah ke arah pembangunan negara yang lebih dinamik dan berwawasan.
SKOP PERNIAGAAN
1. Membekal:
- Bahan Binaan, Alat tulis, Alatan Penghawa Dingin, Perabot, Cenderahati & Hadiah.
- Alat-alat ganti /Aksesori Kenderaan, Alat sukatan /Ukuran, Alat Marin.
- Peralatan / Kelengkapan perubatan,/ Pakai buang, makmal & Kimia.
- Alat Mencuci & membersih, alat elektrik, Peralatan pejabat, permaidani/Ambar
- Kelengkapan /kemudahan awam, bahan tekstil.
- Makanan untuk orang-orang Islam.
- Selenggara mesin, ladang / taman / lanskap.
2. Perkhidmatan dan servis
- Cuci bangunan / membersih kawasan, pembungan sampah dengan lori kecil
3. Pengiklanan
4. Pembinaan, Ubahsuai dan Kerja-kerja sivil
- Kediaman persendirian, pejabat, perkhidmatan awam.

PERAKUAN PENDAFTARAN PERLESENAN

Kem. Kerja Raya Msia: 1407 W 2004 0204 : KELAS F
CIDB : 0120070720 – WP114414
Kem Kew Msia : 357 – 02037493
010201, 050200, 080802, 100200, 130100, 140100, 190203, 200200, 200300, 200400, 220101, 220102220106, 220401, 220402, 220403
top
Apple iPhone - Cell Mobile Phone